Monday, March 18, 2013

Cara Memperbesar Resolusi Netbook Untuk Windows 8

Apa itu resolusi? Resolusi ialah resolution. Rasanya perkataan ini sudah diterima oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jadi jika diubah ke Bahasa Melayu jadilah resolusi. Untuk penulisan kali ini. Penulis akan bawakan satu kaedah untuk menambah resolusi skrin pada komputer anda khusus untuk pengguna netbook. Penulis menggunakan netbook. Jadi,selepas penulis memasang Windows 8,penulis tidak dapat menggunakan aplikasi pada ModernUI (Windows 8). Ini kerana had untuk resolusi skrin pada netbook ialah sekitar 1024 X 600. Tapi,anda boleh menambah menjadi 1024 X 768 untuk menggunakan aplikasi pada ModernUI.
 
Bagaimanakah caranya?
Caranya cukup mudah. Tapi,memerlukan kemahiran. Cara ini telah penulis gunakan pada Windows 7 dahulu. Jadi,jika anda masih menggunakan Windows 7 anda juga boleh gunakan kaedah seperti yang dibawakan oleh penulis pada Windows 8 ini.
  • Langkah 1:
  • Pertama-tama, bukalah registry editor (logo windows + r) atau pada kotak search ketik regedit.


  • Langkah 2
  • Pada toolbar klik Edit,Find dan masukkan kalimat yang tertera pada ruangan Find What dan klik Find Next
    Display1_DownScalingSupported
  • Langkah 3
  • Setelah menjumpai registri tersebut. Klik kanan dan pilih modify. Ubah daripada 0 kepada 1.
 
  • Langkah 4
  • Restart/Reboot Windows anda dan klik kanan desktop. Pilih Screen Resolution dan tingkatkan kepada 1024 X 768.
  • Langkah 5
  • Gunakan segala aplikasi pada ModernUI tanpa rasa was-was.
    Tapi,sebelum itu sekiranya anda belum mengemaskini driver anda sila kemaskini ke versi terbaru pada Windows Update atau anda tidak akan dapat menggunakan fungsi ini.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak online 24 Jam dan hanya sendiri mengurus blog ini, mohon maaf bila komentar anda tidak di balas.
Mohon gunakan kata-kata yang sopan dalam memberikan komentar.
Komentar SPAM, SARA, dan sejenisnya tidak akan di tampilkan.